#Hiburan: Ali Puteh Dedah Beliau Dan Keluarga Tak Pernah Halang Proses Faraid

Menerima baik segala keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berkenaan pembahagian harta peninggalan Allahyarham abangnya, Abam Bocey mengikut hukum syarak, pelawak Ali Puteh akui lega dengan kata putus tersebut.

Ali Puteh Dedah Beliau Dan Keluarga Tak Pernah Halang Proses Faraid

Bagaimanapun, ibunya iaitu Sabariah Arshad gagal menghadiri prosiding hari ini disebabkan keadaannya yang berkerusi roda.

“Alhamdulillah… saya pun baru baca laporan media berhubung perkara itu. Saya tak hadir sebab bawa isteri pergi pemeriksaan doktor. Dia kan nak bersalin dan lagipun prosiding itu tiada kaitan dengan saya.”

Sementara itu, beliau juga tidak menafikan bahawa keputusan tersebut adalah yang terbaik bagi membahagi harta peninggalan pelawak tersebut.

Ali Puteh Dedah Beliau Dan Keluarga Tak Pernah Halang Proses Faraid

“Bagi saya, itu yang paling terbaik bila dah jadi begini. Baguslah, benda itu (harta peninggalan Abam) memang perlu difaraidkan,”

Meskipun begitu, Ali tetap menegaskan sekali lagi dia dan keluarga tidak pernah menghalang proses faraid.

Ali Puteh Dedah Beliau Dan Keluarga Tak Pernah Halang Proses Faraid

“Memang saya tahu, orang cakap saya macam itu yang saya dan keluarga saya cuba menghalang proses tersebut. Orang anggap saya yang salah. Sedangkan masa sidang media yang saya pernah adakan beberapa kali sebelum ini pun dah cakap memang kena faraid ikut hukum Islam.”

Terdahulu, balu kepada Abam Bocey iaitu Norhidayah akui berpuas hati dengan keputusan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu. Ujar wanita tersebut,  mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments