#Hiburan: Tular Foto Digari Pihak Berkuasa, Datuk Seri Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Jika Melampau – “Kelakar! Pandai Mereka Edit”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberi respon setelah tular fotonya digari oleh pihak berkuasa.

Difahamkan, gambar tersebut disunting individu tidak bertanggungjawab dan Siti memaklumkan dia tidak pernah melihatnya sebelum ini dan hanya mampu ketawa apabila media menunjukkan foto tersebut kepadanya.

Advertisement

“Kelakar! Pandai mereka (individu yang menyunting)..” ujar Siti.

Tambah Siti, dia hanya menganggap individu yang bertanggungjawab menyunting fotonya itu sebagai ‘tak ada kerja’.

Mungkin mereka tidak ada kerja. Saya rasa kalau orang nak percaya memang kasihan. Saya tidak tahu nak cakap apa, sebab terkedu. Betapa individu yang melakukan suntingan gambar ini tidak ada kerja.

Ujar pelantun lagu Nirmala ini lagi, jika situasi tersebut melampau, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran.

SITISumber : X  

Tapi kalau melampau sangat, memang saya akan ambil tindakan. Saya akan beri amaran. Sebab kadang-kadang mereka hanya mahukan publisiti.

Bila kita beri publisiti, mereka lagi suka. Jadi saya akan elak untuk berbuat begitu. Buang masa sahaja. Nanti kalau saya ambil tindakan nak kena naik turun mahkamah pulak. Jadi saya rasa, jadilah rakyat yang bijak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafidz
20 hours ago

Netizen Gesa Hafidz Roshdi Diberkas Kerana Menghina Mahkamah

The post Tular Foto Digari Pihak Berkuasa, Datuk Seri Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Jika Melampau – “Kelakar! Pandai Mereka Edit” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments