#Hiburan: Aliff Aziz Ditangkap Khalwat Bersama Pelakon Wanita Popular, JAWI Terpaksa Minta Tolong Bomba – “Tiga Jam Ketuk Pintu Rumah“

Aktor dan penyanyi Aliff Aziz dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Menurut laporan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memulakan operasi pada jam 10.30 malam dan mengetuk pintu rumah serta menunggu selama hampir tiga jam.

Advertisement

Pihak JAWI terpaksa meminta bantuan bomba namun Aliff akhirnya akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberikan kerjasama.

aliff aziz

aliff aziz

Aliff dan pelakon wanita itu dibawa ke pejabat JAWI menaiki sebuah kenderaan untuk proses selanjutnya di mana Bella Astillah yang ditemani adiknya, Didi Astillah kemudian dilihat hadir di pejabat tersebut.

Ahli keluarga pelakon tersebut iaitu kakak dan dua adiknya dilaporkan turut berada di kondominium mewah berkenaan selepas mereka dimaklumkan tentang tangkapan itu.

Mereka hadir selepas dihubungi aktres itu namun kemudian beredar atas permintaan pihak JAWI bagaimanapun ketiga-tiga mereka kemudian tidak kelihatan di pejabat JAWI untuk proses selanjutnya.

aliff aziz khalwat

aliff aziz
2 months ago

Tular Video Lama Dengan Sophia Albarakbah, Netizen Dakwa Aliff Aziz Yang 'Over' - "Director Dah Cut Pun Tak Lepas Lepas Tangan"

The post Aliff Aziz Ditangkap Khalwat Bersama Pelakon Wanita Popular, JAWI Terpaksa Minta Tolong Bomba – “Tiga Jam Ketuk Pintu Rumah“ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments