#Hiburan: “Saya Tengok Video Dia Viral, Saya Menyirap!” – Lelaki Dakwa Rugi RM60K Beli Tanah Dengan Datuk Red, Pernah Cari Adira Tapi Melenting

Seorang individu tampil membuat pendedahan ditipu suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red susulan lelaki itu menjadi bualan hangat warga maya gara-gara kisah hidupnya yang kini susah kerana jatuh bankrap.

Dalam video TikTok itu, individu itu mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Datu Red yang membabitkan pembelian sebuah harga tanah berharga RM60,000 di Hulu Langat, Selangor sekitar tahun 2015 hingga 2016.

Advertisement

Malah, dia juga memaklumkan bahawa ibunya sanggup mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membayar duit tanah secara tunai.

Apabila dengar namanya, teringat keluarga saya kena tipu dengan syarikat dia urusan beli tanah dekat Hulu Langat.Masa itu tanah tersebut berharga dalam lingkungan RM60,000. Mak saya keluarkan duit KWSP untuk bayar secara tunai dekat syarikatnya.

Individu itu juga mendakwa pernah cuba untuk berbincang dengan penyanyi Adira namun penyanyi itu ‘melenting’ kerana mempertahankan Datuk Red.

Mengenai Datuk Red dan Adira ni, mungkin saya tak tahu nak salahkan Adira ke macam mana sebab kami pernah cuba nak selesaikan dengan Adira tapi dia melenting masa itu.

Sebenarnya panjang cerita saya ini tapi bila tengok video viral Datuk Red saya menyirap sebab mak saya keluarkan duit KWSP siap jadi kes polis.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi perkara yang sama di mana mereka menerima nasib serupa seperti individu itu.

“Mungkin komen orang dekat Datuk Red sekarang yang baik-baik tapi buat kami orang biasa tak berduit, habis macam itu sahaja. Bayangkan 200 orang bayar RM55,000 seorang. Korang darab sendiri.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

datuk red
1 day ago

"Sampai Akhirat Aku Takkan Maafkan" - Individu Dakwa Datuk Red Muflis Kerana Kifarah 'Scam' Orang Berkaitan Penjualan Tanah?

The post “Saya Tengok Video Dia Viral, Saya Menyirap!” – Lelaki Dakwa Rugi RM60K Beli Tanah Dengan Datuk Red, Pernah Cari Adira Tapi Melenting first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments