#Hiburan: Ditangkap Khalwat, CCTV Kondominium Rakam Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Pada 25 Februari Lepas

Nama Ruhainies sebelum ini dikaitkan dengan berita Aliff Aziz ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah selepas ramai netizen mendakwa dia merupakan individu yang dicekup bersama aktor itu.

Nampaknya, sangkaan netizen tepat apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium mewah terletak di ibu kota itu mempamerkan kelibat mereka berdua di lokasi.

Advertisement

Menerusi rakaman bertarikh 25 Februari itu, pasangan berkenaan dilihat berjalan dari lobi menuju ke lif kondominium berkenaan,

Ruhainies dilihat memakai baju hoodie berwarna putih dan tas tangan manakala Aliff pula memakai serba hitam serta topi.

aliff aziz ruhainies

 

Adik beradik Ruhainies datang kondominium, Bella masih terkejut

Terdahulu, ahli keluarga Ruhainies iaitu kakaknya yang juga pelakon Risteena Munim dilihat berada di kondominium terbabit selepas mendapat perkhabaran itu.

Mereka bagaimanapun beredar atas permintaan pihak JAWI namun kelibat mereka tidak kelihatan di pejabat JAWI selepas Ruhainies dan Aliff dibawa ke sana untuk proses selanjutnya.

ruhainies khalwat

Dalam pada itu, adik Bella Astillah meminta orang ramai terutamanya pihak media untuk memberikan masa dan ruang kepada kakaknya yang masih dalam keadaan terkejut.

4 hours ago

Aliff Aziz Ditangkap Khalwat Bersama Pelakon Wanita Popular, JAWI Terpaksa Minta Tolong Bomba - “Tiga Jam Ketuk Pintu Rumah“

The post Ditangkap Khalwat, CCTV Kondominium Rakam Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Pada 25 Februari Lepas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments