#Hiburan: “Sedikit Bias Sebab Saya Suka Imaginur” – Setiap Tahun Buat Ramalan, Neelofa Pilih Lagu ‘Hasrat’ Jadi Juara AJL38

Boleh dikatakan selebriti popular, Neelofa akan membuat ramalan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) setiap tahun dan kali ini, untuk AJL38 yang bakal berlangsung Ahad malam, usahawan itu sekali lagi tampil diri bagi membuat ramalan.

Berharap Hasrat nyanyian Amir Jahari menang

Melalui platform X, Neelofa atau mesra dipanggil sebagai Lofa meletakkan harapan tinggi pada lagu berjudul Hasrat nyanyian Amir Jahari untuk memenangi AJL38 ini.

Advertisement

Ia susulan dia suka menonton filem Imaginur, dimana lagu Hasrat itu merupakan OST untuk filem berkenaan.

Ernie Zakri juga diramalkan jadi juara

Dalam pada masa yang sama, usahawan itu meramalkan nyanyian Ernie Zakri menjadi calon juara untuk AJL38 yang berlangsung malam ini.

Untuk info, ramalan Neelofa pada setiap tahun menjadi penantian netizen susulan semua yang dipilih pasti akan menang.

Sebelum ini, Neelofa memberitahu dirinya tidak mahu lagi membuat ramalam dan berseloroh sudah ‘bersara’ tetapi enggan kecewakan peminat, dia sekali lagi memilih bagi memeriahkan Anugerah Juara Lagu Ke-38 itu.

Neelofa inai nunha
2 weeks ago

"Ini Jalan Terbaik Buat Kami" - Neelofa Hentikan Penjualan Inai NunHa Serta Merta Setelah Dua Tahun

The post “Sedikit Bias Sebab Saya Suka Imaginur” – Setiap Tahun Buat Ramalan, Neelofa Pilih Lagu ‘Hasrat’ Jadi Juara AJL38 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments