#Hiburan: Kes Viral 2020! Siti Nur Athirah Mengaku Bun*h Siti Nur Surya, Dihukum Penjara 30 Tahun

Akhirnya, keluarga mendapat keadilan untuk Siti Nur Surya selepas tertuduh yang juga rakan baiknya, Siti Nur Athirah, 23, mengaku bersalah membunuhnya.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas bekas pelajar tingkatan enam itu di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya, empat tahun lalu.

Advertisement

siti nur athirah

 

Terlepas hukuman gantung, ikut pindaan terkini

Keputusan dibuat selepas Siti Nur Athirah mengaku salah membunuh Siti Nur Surya, ketika itu 19 tahun di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong , Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.

Sebelum ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

kes siti nur surya

Namun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.

 

Kes viral tahun 2020

Mengimbau semula kes tersebut, Siti Nur Surya ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya oleh adiknya Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Mangsa dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian madan dan putus pergelangan tangan kiri di rumahnya itu selain wang tunai turut dilaporkan hilang.

kes siti nur surya

Lebih memilukan, mangsa telah dibunuh dengan kejam di depan ibunya yang terlantar sakit akibat menghidap kanser otak.

Ketika kejadian, hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat, kata abang mangsa.

9 months ago

"Bukan Dia Yang Buat" - Dakwa Ramai Terlibat Kes Bun*h Di Sabak Bernam, Netizen Mohon PDRM Siasat GF Suspek

The post Kes Viral 2020! Siti Nur Athirah Mengaku Bun*h Siti Nur Surya, Dihukum Penjara 30 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments