#Hiburan: Sahut Cabaran Rasa Glam Bersama Sa Sa, Ikuti Inspo Solekan Kreatif Raya

 

“Eh, nak kena tambah lipstick sikit, ha highlighter tak boleh tinggal. Jap mascara mana ni, tak cukup lentik lagi ni”

Advertisement

Eh, bukan main lagi makeup tu. Bulu mata tu kalau boleh nak betul-betul melentik kan. Mana taknya, raya dekat kampung macam ini la gayanya. Mestilah kena GLAM! Kalau tak, tenggelam nanti kalau dah jumpa saudara mara.

Nama pun beraya, mestilah nak cantik-cantik. Bersolek dari Subuh kalau boleh nak dia stay sampai malam. Tapi baru je keluar rumah lima minit, makeup dah cair?

Hmm, nak buat macam mana ni?

Ehh, jangan risau! Meh sini kami kongsikan tips untuk pastikan makeup anda stay sampai malam walaupun dalam cuaca panas.

Buat Langkah Penting Ni Sebelum Mulakan Solekan

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Anda nak makeup kelihatan lebih sekata di wajah? Check dulu cara anda prep wajah.

Pasti ramai dalam kalangan wanita yang suka solekan lebih fokus dengan produk yang mereka gunakan seperti foundation, concealer, color corrector, loose powder dan sebagainya.

Ya, produk ini sememangnya penting tetapi langkah yang utama dan sering dilupakan INI yang sebenarnya memainkan peranan dalam memastikan makeup anda kelihatan lebih halus dan sekata di wajah.

Sebelum anda memulakan proses makeup, anda perlu menggunakan primer terlebih dahulu. Penggunaan primer dapat membantu makeup tahan lebih lama dan dapat memberikan tona kulit yang lebih sekata.

Antara primer yang menjadi pilihan kami adalah, Cyber Colours Prime Fix yang mampu menghasilkan kesan makeup yang halus dan lebih ringan. Lepas apply primer, barulah anda boleh mulakan solekan. Kami jamin solekan anda akan tahan lebih lama dan tak perlu nak touch up banyak kali.

Cyber Colours Prime Fix

Harga: RM105

Pemilihan Produk Yang Sesuai Dan Waterproof

Bila beraya ni semestinya banyak jemputan rumah terbuka. Bermula pagi raya sehingga ke malam pasti tak menang tangan kan? Kalau dah seharian, boleh tahan ke makeup? Tentulah boleh!

Dengan syarat, anda menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan pastinya “Waterproof”.

Anda perlu memastikan produk yang digunakan bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi mempunyai pigmen yang tinggi. Antara produk yang pastinya menjadi pilihan kami adalah Artdeco foundation.

Foundation ini mempunyai ketahanan yang lebih lama dan mempunyai formula yang sangat ringan yang dapat memberikan kesan yang lebih natural.

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Selain itu, tak lengkap kalau make up tak menggunakan maskara kan? Jenama ini sangat dikenali dengan kualiti bagi setiap produk mereka.

Tapi yang sering menjadi tumpuan adalah maskara yang mampu melentikkan bulu mata anda iaitu, Cyber Colours All Hours Extreme Curly Mascara.

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Anda boleh dapatkan kesemua produk ini di laman web rasmi Sa Sa, Shopee dan Lazada. Dan pastinya masih terdapat pelbagai produk yang menarik dan berkualiti hanya di Sa Sa.

Artdeco foundation
Harga:
RM95

Cyber Colours All Hours Extreme Curly Mascara
Harga:
RM125

Inspirasi Makeup: Rasa Glam Bersama Sa Sa

Tak ada idea untuk make up raya tahun ni?

Eh, jangan risau. Khas sempena menyambut Lebaran, kali ini Sa Sa akan mengadakan Rasa Glam Bersama Sa Sa. Inilah masanya untuk anda cuba pelbagai makeup look dengan Inspo Solekan Kreatif Raya bersama Sa Sa.

Anda hanya perlu menggunakan beberapa jenama dari Sa Sa untuk mendapatkan hasil makeup mengikut tema gaya yang diinginkan.

Artdeco (Sagu Melaka)

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Sago Melaka kuih hidangan tradisional yang pastinya disukai ramai dan didatangkan dengan pelbagai warna bagi menghiasi hidangan tersebut. Antaranya, adalah warna merah jambu.

Makeup yang dihasilkan menggunakan produk Artdeco ini diinspirasikan oleh Sago Melaka. Celak mata dan gincu yang digunakan bagi menggambarkan warna merah jambu Sago Melaka.

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Antara produk yang digunakan bagi menghasilkan makeup look ini adalah ARTDECO Perfect Matte Serum Foundation, ARTDECO Perfect Mat Lipstick, dan ARTDECO Iconic Eyeshadow Palette.

– Berrisom (Lompang)

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Seterusnya, Kuih Kosui atau lebih dikenali sebagai Kuih Lompang yang sering menjadi hidangan kegemaran sewaktu berbuka puasa ataupun bagi menyambut Lebaran.

Makeup yang dihasilkan menggunakan produk BERRISOM ini diinspirasikan oleh kemanisan Kuih Lompang. Warna coklat yang menggambarkan warna Kuih Lompang yang terhasil daripada gula melaka dan kening sebagai pembayang mata utama, titik putih bertindak sebagai kelapa parut.

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Antara produk yang digunakan bagi menghasilkan makeup look ini adalah BERRISOM Real Me Curl Fix Mascara, Berrisom Real Me Bouncy Lip Balm, dan Berrisom Real Me Eye Palette.

– Cyber Colours (Glamour look)

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Bagi makeup yang dihasilkan menggunakan produk Cyber Colours ini diinspirasikan dari tema “Glamour Look”. Makeup look yang bertemakan Glamour ini didominasikan dengan warna hitam dan dapat menghasilkan rupa yang lebih anggun.

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Antara produk yang digunakan bagi menghasilkan makeup look ini adalah Cyber Colours Prime Fix, Cyber Colours Ultra Stay Fine Liner, Cyber Colours All Hours Extreme Curly Mascara dan Cyber Colours Air-Soft Matte Lipstick.

Jangan lupa untuk dapatkan semua produk ini di Sa Sa, Shopee dan Lazada. Barulah GLAM raya ni.

Jom Spend & Win di Sa Sa. Hadiah Bernilai Sehingga RM14,900 Menanti Anda!

Rasa Glam Bersama Sa Sa

Tunggu dulu, Sa Sa juga ada menganjurkan peraduan Spend & Win. Di mana anda hanya perlu berbelanja di mana-mana cawangan Sa Sa dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM14,900 bermula hari ini sehingga 24 April 2024.

Cara penyertaan:

Langkah 1: Belanja minimum RM170 di mana-mana cawangan Sa Sa

Langkah 2: Muat naik resit pembelian anda dan hantar di pautan Google Form (scan melalui kod bar diatas)

Mudah kan nak menang? Jom Rasa Glam Bersama Sa Sa dan dapatkan rangkain produk kecantikan anda sekarang di cawangan Sa Sa berhampiran anda hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sa Sa atau ikuti laman sosial Sa Sa di Facebook dan Instagram.

 

The post Sahut Cabaran Rasa Glam Bersama Sa Sa, Ikuti Inspo Solekan Kreatif Raya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments