#Hiburan: “Tiada Solat Ritual, Jika Al-Mahdi Suruh Buat, Kami Buat” – Bernama ‘Agama Ahmadi’ & Hampir 30 Ribu Pengikut, Tular Agama Baru Di TikTok

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kedatangan sebuah agama baharu yang didakwa Agama Ahmadi yang membuat netizen berasa kesal.

Mempunyai hampir 30,000 pengikut di TikTok

Difahamkan, di platform TikTok, ‘agama’ tersebut telah mempunyai hampir 30,000 pengikut dan kebanyakannya konten yang dibuat mengenai podcast menceritakan kepercayaan mereka.

Advertisement

Melalui perkongsiaan beberapa netizen, agama tersebut mengikut Imam Mahdi dan mereka percaya bahawa Nabi Isa sudah turun ke bumi.

Logo Bintang Yahudi

Dalam pada masa yang sama, logo yang digunakan oleh agama berkenaan merupakan logo Bintang Yahudi yang ada di bendera Israel.

Lebih menakutkan, pengikut agama itu mendakwa di dalam satu video live bahawa Agama Ahmadi kini bukan saja sudah berkembang di Tanah Melayu, malah turut tersebar luas di Timur Tengah dan Eropah.

Bahkan, individu-individu itu berkata mereka sudah menang dalam berhujah dengan ulama Al-Azhar dan Mesir.

Cara solat berbeza

Terdapat salah seorang netizen bertanya sama ada cara solat mereka sama seperti solat lima waktu, pemilik akaun yang memuat naik ciapan itu berkata pengikut agama berkenaan mempunyai cara solat berbeza.

Difahamkan, mereka solat dengan hanya perlu taat kepada Imam Mahdi dan para imam.

myvi
2 years ago

(VIDEO) - Mengaku Imam Mahdi, Pemandu Myvi Tengah ‘High’ Jadi Punca Kemalangan 5 Kenderaan

The post “Tiada Solat Ritual, Jika Al-Mahdi Suruh Buat, Kami Buat” – Bernama ‘Agama Ahmadi’ & Hampir 30 Ribu Pengikut, Tular Agama Baru Di TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments