#Hiburan: “Local TV Sendiri Macam Kualiti Zaman 80-An..” – Persembahan Dolla Di China Dipuji, Netizen Harap ‘Music Show’ Malaysia Tingkatkan Kualiti

Nama kumpulan wanita Dolla boleh dikatakan semakin mendunia selepas mereka menyertai sebuah program di China yang bernama Show It All.

Dimana, ramai mula melihatkan kelincahan dan kehebatan empat ahli kumpulan tersebut iaitu Angle, Sabronzo, Shasha dan Tabby menari serta menyanyi lagu-lagu mereka.

Advertisement

Rakaman di China cantik, teratur

Beberapa klip persembahan Dolla tular di media sosial dan rata-rata netizen perasan rakaman persembahan mereka disana dirakam sangat teratur dan cantik.

Ramai yang membandingkan dengan rakaman persembahan Dolla di Malaysia, dimana warganet merasakan ianya hambar dan tidak energetik.

Dolla power tapi camera works Malaysia..

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkata Dolla memang mempunyai bakat dalam nyanyian serta menari, mana tidaknya, penonton di China jelas terpukau dengan persembahan kumpulan itu.

komen

komen

Dalam pada itu, netizen turut berharap agar camera works di Malaysia belajar dengan negara luar supaya tidak kelihatan seperti rakaman di tahun 90-an.

Ia kerana, pergerakan kamera dan penatas pentas juga memainkan peranan penting supaya persembahan penyanyi di atas pentas kelihatan hebat.

dola
4 months ago

"Kami Bangga Sebagai Anak Malaysia.." - Nafi Terbawa-Bawa Unsur Barat, Dolla Hanya Ingin Capai Peringkat Artis Antarabangsa

The post “Local TV Sendiri Macam Kualiti Zaman 80-An..” – Persembahan Dolla Di China Dipuji, Netizen Harap ‘Music Show’ Malaysia Tingkatkan Kualiti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments