#Hiburan: “Bukan Saya Tak Bagi Peluang..” – Rita Rudaini Sangkal Dakwaan Belum ‘Move On’, Dah Berkali-Kali Beri Peluang Pada Aidil

Sejak kebelakangan ini, perbalahan antara pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan kembali meraih perhatian warganet apabila ada yang berkata dirinya masih belum move on kerana sering membahas tentang bekas suaminya itu.

Sudah gembira dengan anak-anak

Menurut Rita, dia sudah lama melupakan kisah silam antara dirinya dan Aidil. Apa yang dikongsikan baru-baru ini adalah bagi menjawab persoalan orang ramai yang masih mendesaknya memaafkan bapa kepada anak-anaknya itu.

Advertisement

Tambahan pula, aktres ini bertegas dirinya sudah move on dan bahagia bersama keluarga kecilnya dan tidak mahu mengingat sejarah hitam itu semula.

Orang sering kata saya yang memulakan sedangkan saya hanya menjawab pertanyaan orang.

 

Cukuplah saya tak mahu ingat lagi. Kalau diingat-ingatkan, saya tak boleh tumpukan perhatian dan jadi nak marah.

 

Saya dengan anak-anak sudah biasa dan gembira biarpun hanya hidup bertiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Pernah beri peluang

Bukan itu sahaja, Rita juga berkata dirinya sudah pun memberi peluang kepada Aidil untuk membaiki keadaan dan hadir sebagai seorang figura bapa dalam kehidupan kedua anaknya lelakinya.

Namun, katanya tiada cubaan daripada Aidil yang ingin berjuma mereka semasa hari pertama anaknya memasuki tadika dan darjah satu.

Bukan saya tak bagi peluang kepada bekas suami berjumpa anak-anak, saya pernah bagi due date kepadanya bertemu sebelum anak masuk tadika, tapi malangnya tiada usaha di pihak sana.

 

Sampai hari ini, memang langsung tak ada usaha bapa mereka nak jumpa anak-anak. Dia tahu macam mana nak hubungi saya, nombor telefon masih sama dan saya juga masih mendiami rumah sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sebelum ini, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2008 sebelum bercerai dengan talak satu pada September 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

rita
2 days ago

"Cuci Hati Kau Dulu Sebelum Kau Nak Suruh Orang.." - Dituduh Riak Tayang Anak Hafaz Al-Quran, Rita Rudaini Selar Individu

The post “Bukan Saya Tak Bagi Peluang..” – Rita Rudaini Sangkal Dakwaan Belum ‘Move On’, Dah Berkali-Kali Beri Peluang Pada Aidil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments