#Hiburan: “Jangan Lah Tunjuk Bodoh Tu Sampai Tak Tahu..” – Geram Hafidz Roshdi Tunjuk Pandai, Shuhada Bidas Semula Bekas Suami

Geram bekas suami tidak memberi kerjasama, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada memuat naik sebuah hantaran di media sosial memerli sikap Hafidz. Kenyataan tersebut telah berjaya meraih perhatian warganet.

Memang ditujukan pada Hafidz

Menurut kata Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri, dia mengakui hantaran tersebut ditujukan pada bekas suaminya ekoran kenyataan daripada Hafidz yang mendakwa sebutan kes di mahkamah tidak perlu hadir.

Advertisement

Kenyataan aktor itu susulan kecaman yang diterimanya daripada orang ramai setelah mengetahui dia gagal hadir ke perbicaraan kes Hadanah interim dan kekal dua anak mereka dia mahkamah pada 26 Mac lalu.

Betul memang saya tujukan kepadanya selepas dia ada memuat naik satu kenyataan di Instagram story miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Perli di media sosial

Rentetan itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga telah berkongsi sebuah hantaran di Instagram story miliknya yang membidas kenyataan bekas suaminya sebelum ini. Menurutnya, Hafidz seolah-olah tidak ambil tahu tentang perbicaraan kes mereka yang masih berlangsung.

Tambahan pula, Shuhada turut berkongsi pesanan daripada Imam Syafie tentang berhujah dengan orang yang tidak berilmu seperti memberi bayangan individu yang disamakan itu adalah Hafidz.

Tahu lah tak pandai tapi jangan lah tunjuk sangat bodoh tu sampai tak tahu sebutan ke bicara ke keputusan ke pasal kes,

 

Benak ubi kayu ke ubi besi aku pun tak faham.

 

Betul lah macam Imam Syafie berkata, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil”.

shuhadaSumber : Instagram  

Terdahulu, Hafidz telah memfailkan tuntutan hadanah terhadap dua anak mereka pada 16 Mei tahun lepas. Namun, pada 31 Oktober 2023, Shuhada pula memfailkan permohonan memasukkan nama ibunya sebagai penjaga anak-anak mereka dan diluluskan permohonan tersebut.

Hafidz
23 hours ago

"Sebutan Kes Tak Perlu Hadir Ya, Harap Maklum!" - Hafidz Roshdi

The post “Jangan Lah Tunjuk Bodoh Tu Sampai Tak Tahu..” – Geram Hafidz Roshdi Tunjuk Pandai, Shuhada Bidas Semula Bekas Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments