#Hiburan: “Mungkin Anda Benar-Benar Tak Tahu” – Keluarga Terkena Tempias Dek Isu Tangkap Khalwat Abang, Aisyah Aziz Akhirnya Bersuara

Sedia maklum, isu ‘panas’ melibatkan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz didakwa di tangkap khalwat menjadi topik utama bualan netizen sejak beberapa hari lalu.

Biarpun kedua-dua pelakon itu menafikan hal berkenaan dan berjanji akan menjelaskan hal sebenar apabila sudah tiba masanya, orang ramai masih tidak mempercayai mereka.

Advertisement

Aisyaah Aziz bersuara bagi pihak Aliff Aziz

Terbaru, melalui hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi Aisyaah Aziz di Instagram, dia seolah-olah memberitahu  bahawa keluarganya menerima kecaman hebat daripada orang luar.

ig aisyaah

Dalam pada masa yang sama, penyanyi terbabit yang juga merupakan adik kepada Aliff Aziz menganggap barangkali orang luar tidak tahu apa-apa mengenai kisah benar hingga mengecam keluarganya dengan teruk.

“Allah telah menutupi aib kita”

Bahkan dia sempat memesan untuk tidak menyebarkan aib mana-mana pihak kerana manusia tidak layak melakukannya sedangkan Allah SWT pun menutupi aib setiap insan di dunia ini.

Janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain.

Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium tiga hari yang lalu.

ruhainies
18 hours ago

"30 Minit, Apa Yang Berlaku Tak Sampai Tiga Jam" - Kenal Lebih 10 Tahun, Ruhainies Akui Aliff Aziz Hanya Kawan

The post “Mungkin Anda Benar-Benar Tak Tahu” – Keluarga Terkena Tempias Dek Isu Tangkap Khalwat Abang, Aisyah Aziz Akhirnya Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments