#Hiburan: “Adira Tak Kacau Orang, You Pun Jangan Kacau Orang, Yang Salah Saya” – Datuk Red

Datuk Red menerusi TikTok tampil memberi kenyataan setelah namanya menjadi bahan bualan warga maya sejak beberapa hari ini.

Datuk Red tampil beri penjelasan

Dalam kenyataannya, dia tampil membuat penjelasan berkenaan isu panas membabitkan kedua-dua isterinya, Adira Suhaimi dan Datin Red di mana dia mengakui segala kekusutan kini adalah berpunca dari kesalahan dirinya sendiri.

Advertisement

Ni cerita pasal rumah tangga. Orang kenal saya punca saya berkahwin dengan Adira. Tempias saya tu kemudian terkena kepada isteri pertama saya, Datin Red.

Kalau tak sebelum ni, kami berdua tak ada siapa pun nak ambil tahu. Bila jadi benda ni, saya fikir balik saya tak boleh nak salahkan mereka berdua. Sebenarnya salah saya.

Mohon maaf kepada Datin Red

Katanya lagi, pada awalnya dia bercerita mengenai situasi dirinya yang mengalami masalah kewangan bukan untuk meraih simpati sebaliknya mahu mencari pekerjaan bagi tujuan memberi nafkah kepada keluarga.

Masa soalan tu, kebetulan pasal berbuka. Saya cerita pasal anak nak berbuka. Cuma terkhilaf saya, saya punca segala-galanya sebab tak sebut nama isteri pertama saya tu.

Memang betul dia ada tolong saya, dia pun dapat duit tanah dijual. Dua-dua banyak tolong, saya tak boleh nak senaraikan semua. Bagi isteri pertama, saya minta maaf kerana tak sebut nama dia semalam.

Wawancara selama beberapa minit itu membuatkan Datuk Red tidak berkesempatan untuk bercerita secara lanjut sekaligus memohon maaf kerana membuatkan Datin Red terasa hati.

Benda apa yang saya cakap semalam pun saya tak tulis dalam skrip. Soalan tu pun secara spontan. Tapi saya rasa saya ada sebut tapi biasalah wartawan. Tak akan wartawan nak keluarkan semua. Saya harap lepas ni tak ada isu. Adira tak kacau orang, you pun jangan kacau orang. Sudah-sudah, yang salah saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dato Red
7 hours ago

"Saya Tengok Video Dia Viral, Saya Menyirap!" - Lelaki Dakwa Rugi RM60K Beli Tanah Dengan Datuk Red, Pernah Cari Adira Tapi Melenting

The post “Adira Tak Kacau Orang, You Pun Jangan Kacau Orang, Yang Salah Saya” – Datuk Red first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments