#Hiburan: Shila Amzah Akui Tak Akan Lagi Berdiam & Biar Diri Dipijak – “Dulu Tegas Dalam Kelembutan, Sekarang Fasa….”

Semalam, penyanyi Shila Amzah menerusi Instagram telah meminta wanita dipercayai kekasih adiknya, Amir Syafiq untuk keluar dari banglo miliknya di Hulu Langat.

Dedahnya lagi, wanita bernama Eiza itu tinggal bersama keluarganya di kediaman tersebut sejak 2021 dan pernah keluar atas permintaannya namun kembali duduk tanpa kebenaran Shila.

Advertisement

19 hours ago

Tinggal Bersama Sejak 2021, Shila Amzah Halau Kekasih Syafiq Keluar Banglo Miliknya - "Sila KELUAR Selewatnya Esok"

Menerusi soal jawab bersama pengikutnya, Shila akui selama ini dia berlembut dan berdiam diri meskipun diperlakukan dengan tidak elok.

Namun, kini Shila tekad untuk tidak lagi membiarkan dirinya ditindas serta akan bangkit dengan bukti bukti yang disimpan rapi selama ini.

Dulu tegas dalam kelembutan, sekarang fasa garang bermula.

shila

Sementara itu, Shila turut berkongsi dia sudah mempunyai rancangannya tersendiri berkenaan isu penjualan rumah miliknya.

Meskipun keputusannya untuk menjual rumah itu menyebabkan konflik di antaranya dan dua beradik serta ibu, Shila berkata dia percaya masa akan menentukan semua.

shila amzah

The post Shila Amzah Akui Tak Akan Lagi Berdiam & Biar Diri Dipijak – “Dulu Tegas Dalam Kelembutan, Sekarang Fasa….” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments