Penyanyi terkenal, Shila Amzah menerusi TikTok ‘Live’ ada memaklumkan ibunya untuk memilih 4 daripada 20 ekor kucing peliharaan untuk dibawa ke rumah baru.
Namun begitu, Shila berkata dia terkejut apabila mengetahui jumlah kucing perliharaan terkini sudah hampir 50 ekor.
Kucing bertambah-tambah, last time saya tahu yang kucing ada 20 ekor saja. Cuba bayangkan kucing sekarang ada berapa banyak. Saya dah cakap dengan mak.
Saya rasa dalam lebih setahun yang lalu, saya nak jual rumah, jadi mana kucing kesayangan, bawa la dalam empat ekor ke yang kucing memang favourite. Yang lain tu bagi la orang lain jaga.
Jelas Shila, bilangan kucing di kediaman mereka semakin bertambah disebabkan individu yang bukan ahli keluarganya ada membawa balik 10 ekor haiwan tersebut ke rumah.
Tapi tiba-tiba hati tu kata ada 50 ekor, mana la saya tahu, saya tak duduk situ. Tapi yang Sha dengar rupanya dia bawa 10 ekor kucing dia. Jadi kucing dia bawa ke situ, makanya bertambah-tambah, selagi ada kucing di dunia ini, dia bawa balik.
Terdahulu, Shila mendedahkan bahawa kekasih adiknya iaitu Shafiq yang dikenali sebagai Eiza sudah lama tinggal bersama keluarga mereka di rumah berkenaan.
Ujarnya, dia tidak selesa apabila ada orang asing tinggal di rumah itu dan telah meminta wanita berkenaan untuk keluar segera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dia Bawak Balik Lagi 10 Ekor Kucing Ke Rumah” – Shila Amzah Dedah Individu ‘Bukan Keluarga’ Gemar Bawa Haiwan Liar Ke Kediaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments