#Hiburan: “Sanggup Beratur Lebih 3 Jam!” – Walaupun Sering Dikritik, Kieda Crepe Syukur Ramai Masih ‘Support’ Bisnes ‘Dessert’

Biarpun sering dikecam ramai dan didakwa selalu sengaja membuat isu agar menjadi perhatian, manisan yang dijual oleh Kieda Crepe tetap menjadi pilihan hati orang ramai.

Baru-baru ini, di laman Facebook Kieda, dia ada memuat naik suasana ketika melakukan tour di Ipoh, Perak dan dapat dilihat sambutan dari orang ramai sangat dahsyat.

Advertisement

kieda crepe

Difahamkan, orang ramai sanggup beratur di bawah matahari yang terik melebihi 3 jam hanya untuk mendapatkan manisan Kieda Crepe.

Meninjau di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Kieda sendiri di Facebook, rata-rata netizen mendoakan agar usahawan itu terus dilimpah kurniakan rezeki serta berharap dia berhati-hati selepas ini agar tidak menimbulkan sebarang isu lagi.

komen fb

komen fb

Terdahulu, sewaktu melakukan tour di Shah Alam, Kieda Crepe alami satu situasi menakutkan apabila seorang daripada pelanggannya menyerang dia kerana tidak dapat membeli Kieda Crepe selepas beratur lebih dari 3 jam.

kieda crepe
2 weeks ago

"Semua Duduk Rumah Buat Cekodok Ke?" - Sepi Suasana Depan Kedai, Keida Crepe Pelik Mana Pelanggan 'Lari'

The post “Sanggup Beratur Lebih 3 Jam!” – Walaupun Sering Dikritik, Kieda Crepe Syukur Ramai Masih ‘Support’ Bisnes ‘Dessert’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments