Terkilan melihat perbuatan rejim Zionis yang memusnahkan kehidupan rakyat Palestin, pelakon terkenal, Mira Filzah mengakui tidak sanggup melihat kanak-kanak yang terkorban di sana.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Mira menyatakan setiap kali melihat video anak-anak Palestin yang hilang nyawa ataupun cedera parah, dirinya akan menangis kerana tak sampai hati melihat perbuatan keji yang dilakukan itu.
Perbuatan mereka mengebom hospital, itu bukan perbuatan manusia tapi syaitan. Jijik saya lihat.
View this post on Instagram
Pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini turut bertanya apakah yang dia telah lakukan untuk membantu sedara Islam itu cukup. Perlukah dia memberi lebih banyak dengan rezeki yang diberikan padanya.
Rasa nak peluk anak-anak ini. Cukup ke duit yang aku derma, sampai ke, Allah bagi rezeki banyak ni patut ke beri lebih?
Yakin dengan kuasa doa, Mira menyeru agar orang ramai turut ikut mendoakan mereka. Agar semua ini berakhir dengan segera dan tiada lagi anak-anak yang kematian ibu bapa atau sebaliknya.
Selain itu, kami kongsikan juga artikle trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Itu Bukan Perbuatan Manusia, Itu Syaitan..” – Mira Filzah Menangis Tak Sanggup Melihat Anak-Anak Palestin Terkorban first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments