#Hiburan: “Nak Berperang, Iman Saya Cetek Lagi” – Lantang Bersuara Isu Palestin, Nadhir Nasar Tak Hirau Hilang Punca Rezeki

Baru-baru ini, pelakon yang boleh dikatakan terkenal di antara kalangan anak muda, Nadhir Nasar telah menyuarakan sokongannya terhadap negara Palestin oleh kerana situasi peperangan yang sedang berlaku di sana.

Berdasarkan pelakon muda ni, dia tidak takut jika kerjayanya terkena tempias dari mana-mana pihak kerana baginya itu semua hanya sementara.

Advertisement

Saya ada platform dan pengaruh untuk saya cakap benda yang benar. Jadi, saya tak perlu takut untuk hilang punca rezeki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👽 (@nadhirnasar_)

Bukan itu sahaja, juara kepada Hero Remaja 2020 ini juga menganggap dengan adanya media sosial dan followers yang ramai,  lebih mudah untuk menyebarkan info, sokongan sekaligus bantuan untuk Palestin.

Apa lagi saya boleh buat? Nak berperang, iman saya cetek lagi. Ini saja cara untuk saya tunjukkan sokongan kepada saudara Islam saya di sana.

Pada masa yang sama, Nadhir turut memberi pendapat bahawa dia faham jika sokongan yang ditunjukkan oleh sesetengah artis itu hanyalah bermusim. Itu baginya lebih baik dari tiada langsung.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Daiyan Trisha
1 day ago

"Rezeki Allah Yang Beri, Saya Tak Boleh Berdiam Diri" - Daiyan Trisha Teguh Sokong Palestin Meskipun Bakal Kehilangan 'Job'

The post “Nak Berperang, Iman Saya Cetek Lagi” – Lantang Bersuara Isu Palestin, Nadhir Nasar Tak Hirau Hilang Punca Rezeki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments