#Hiburan: Nama Dipetik ‘Sondol’ Ubai Dalam Mimpi Shila Amzah, Ini Kata Sophia Albarakbah – “Netizen Tahu Ya….”

Nama pelakon Sophia Albarakbah tidak semena-mena dipetik oleh netizen dan didakwa merupakan individu yang muncul di dalam mimpi Shila Amzah baru-baru ini.

Bagi yang ketinggalan, penyanyi itu menceritakan bahawa dia bermimpi suaminya, Ubai diganggu oleh seorang pelakon wanita yang terpalit dengan banyak gosip.

Advertisement

shila amzah
4 days ago

"Banyak Sangat Gosip Dia, Semalam Nampak Dekat Stadium" - Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Emosi Shila Amzah Terganggu

Meskipun Shila tidak menyebut mana-mana nama pelakon wanita namun warganet membuat spekulasi sendiri dan meneka bahawa individu tersebut adalah Sophia.

Disebakan itu, kehadiran Sophia di konsert kedua Famili Duo semalam meraih perhatian dan ketika ditemu bual aktres tersebut menegaskan tiada apa-apa kenyataan perlu diberikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

Sophia malah terhibur dengan warganet kerana boleh pula mereka tahu siapa pelakon wanita yang ada di dalam mimpi Shila itu.

Netizen tahu ya dia mimpi siapa (ketawa). Hebat netizen kita. Saya rasa saya tidak perlu komen tentang isu kini kerana tidak ada kena mengena dengan saya.

Sementara itu, aktres tersebut turut berkata kehadirannya ke program tersebut adalah untuk menonton kerana dia sangat gemar dengan acara hiburan nyanyian.

sophia albarakbah

The post Nama Dipetik ‘Sondol’ Ubai Dalam Mimpi Shila Amzah, Ini Kata Sophia Albarakbah – “Netizen Tahu Ya….” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments