Usahawan penuh kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM meminta individu yang menghina raut wajah anak perempuannya, Rania untuk tidak jadi pengecut dan tampil bersemuka dengannya.
Malah, Kak KM juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ada sesetengah netizen yang meninggalkan komen melampau sehingga boleh menjejaskan emosi Rania.
Jangan nak sibuk bercakap tentang anak orang. Saya tahu siapa yang bercakap tu, saya baca setiap komen yang ditulis. Yang pakai fake akaun tu namanya pengecut, kalau berani hina wajah anak saya, hadap saya dulu. Mari kita bersemuka.
Saya nak ingatkan negara kita ada undang-undang. Saya boleh saja nak ambil tindakan saman kepada mereka yang menghina anak saya.
Terdahulu, Kak KM memaklumkan bahawa ada segelintir netizen menyamakan Rania dengan seorang kanak-kanak kurang upaya dari negara China yang dikenali sebagai Xiao Xiao.
Difahamkan, Xiao menghidap sindrom Dobby yang membuatkan seseorang itu mengalami bantut tumbesaran dan mudah tantrum.
Berikutan itu, Kak KM lantang menyelar sikap individu itu yang meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap anaknya.
@ngunyah_mulu Xiaoxiao perform #xiaoxiao #dobby #dobbynyanyi
Kau bercakap tak pakai akal ke? Lihat dengan mata sendiri, anak saya itu sempurna semuanya. Mereka yang bercakap ini seolah-olah tiada adab. Memang dasar kurang ajar.
Saya memang tak puas hati orang yang bercakap buruk fasal anak saya. Kalau nak bercakap tu biarlah perkara yang elok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Berani Hina Wajah Anak Aku, Kau Pengecut” – Kak KM Berang Anak Perempuan Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments