Baru-baru ini, penyampai radio sensasi, Fizi Ali akhirnya berkongsi hantaran di Instagram yang memperlihat anaknya yang sedang tidur berpengangan tangan dengan kakak tirinya.
Katanya dalam gambar tersebut, mereka sekeluarga telah ke taman tema air oleh kerana Fizi ingin menunaikan janji untuk membawa anaknya, Ameena Sofia kesana tempoh hari.
Hari ni daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark. Dari pagi sampai ke malam jalan, penat mereka main.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi di kapsyen tersebut, Fizi memohon maaf kepada kedua anaknya jika ada terkurang darinya dan isteri sebagai ibu bapa. Bagi penyampai radio berumur 34 tahun ini, anak-anak perempuan mereka itu tidak bersalah dalam apa jua keadaan.
Sebelum ini, pelakon Syakilla, mantan isteri Fizi membuat kenyataan bahawa Fizi ingin membawa Ameena ke taman tema air, walhal itu hanyalah alasan untuk membawanya ke majlis pernikahan.
Tapi tak bagitahu pula nak nikah, kata nak bawa anak pergi taman tema air.
View this post on Instagram
Oleh kerana itu, timbul lah isu bekas suaminya yang tak bersikap jujur dengannya tentang hari pernikahan bersama isteri baru dan terpaksa berbohong untuk mengambil anak.
Tambah Syakilla, dia tahu tentang percintaan mereka tapi tidak tentang niat Fizi ingin mendirikan rumah tangga secepat itu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kata Nak Bawa Anak..” – Fizi Ali Akhirnya Tunaikan Janji Bawa Anak Ke ‘Waterpark’ Dengan Isteri Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments