#Hiburan: “Rezeki Allah Yang Beri, Saya Tak Boleh Berdiam Diri” – Daiyan Trisha Teguh Sokong Palestin Meskipun Bakal Kehilangan ‘Job’

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai konflik peperangan yang berlaku antara Zionis dan Palestin pada ketika ini.

Meskipun pendiriannya kali ini boleh memberi kesan terhadap kerjayanya dengan jenama-jenama antarabangsa, Daiyan percaya bahawa rezeki ada di mana-mana dan ditentukan Allah S.W.T.

Advertisement

Ujarnya lagi, adalah penting untuk dia menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk bersuara mengenai kesengsaraan yang dihadapai rakyat Gaza waktu ini.

Mungkin hantaran ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.

Rezeki ada di mana-mana dan Allah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini. Alhamdullilah.

Kata Daiyan, dia tidak akan berdiam diri dan membelakangkan agamanya serta saudara-mara di Gaza yang sedang bertarung nyawa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis.

Dalam pada masa yang sama, Daiyan memaklumkan bahawa telah menderma sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia serta menyeru orang ramai untuk menyumbang buat mangsa kekejaman Zionis.

Sedekah, doa, percaya, lantang, berani. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati, dilindungi, dikasihi oleh Yang Maha Satu, Yang Maha Agung. Semua untuk-Nya, bermula dari-Nya, dan akan berakhir dengan-Nya jua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Daiyan trisha
6 days ago

"Saya Datang Dari Latar Belakang Yang Sangat Humble" - Daiyan Trisha Nafi Keluar Perut Ibu Terus Kaya, Hakikatnya...

The post “Rezeki Allah Yang Beri, Saya Tak Boleh Berdiam Diri” – Daiyan Trisha Teguh Sokong Palestin Meskipun Bakal Kehilangan ‘Job’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments