Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada baru-baru ini, telah ditemubual oleh sebuah portal mengenai pengalaman serta kisah kontroversi mengenai rumah tangganya.
Menurut Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu, sewaktu dirinya hamil, bekas suami tahu mengenai hal terbabit kerana ketika itu usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan lebih.
Apabila menceritakan respon pihak sebelah sewaktu dirinya keguguran, Shu tidak sangka apabila dirinya terima panggilan daripada pihak polis mengatakan Hafidz membuat laporan dia sengaja gugurkan kandungan.
View this post on Instagram
Susulan itu, dia sempat meninggalkan nasihat buat kaum wanita bahawa jangan jadi seperti dirinya yang terlalu mempercayai pasangan hingga dipergunakan.
Memang saya trauma, kalau ada lelaki nak mendekati saya atau menjaga saya dan anak-anak, orang itu mesti kena kuat. Sebab akan timbul ‘trust issues’ yang teramat sangat.
Bahkan, ibu kepada dua orang anak itu sempat bercerita mengenai respon keluarga yang sangat marah apabila Hafidz bertindak sedemikian terhadapnya.
Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sah bercerai talak satu pada tanggal 27 Julai yang lalu selepas difahamkan pelakon itu mempunyai wanita lain serta bertindak kasar terhadap Shuhada.
The post “Kita Kena Letak 10% Ragu-Ragu Pada Pasangan..” – Kongsi Kisah Perit, Shuhada Akui Trauma Jika Lelaki Dekati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments