#Hiburan: “Ibu Mentua Juga Tanya Kenapa ‘Post’ Macam Tu” – YonnyBoii Pertahankan Isteri, Hantaran IG Story Cuma Salah Faham

Baru-baru ini, melalui sesi temubual bersama pihak Kosmo, penyanyi rap, YonnyBoii mengakui berlaku salah faham mengenai posting isterinya, Nik Nazira Narriman sebelum ini mengenai cara pemilihan pakaian.

Kata YonnyBoii, hantaran itu merupakan milik pemilik akaun orang lain dan isterinya sekadar memuat naik semula di Instagram Story.

Advertisement

Ibu mentua saya juga turut bertanyakan kenapa ‘post’ macam tu, tetapi isteri saya sudah jelaskan kepada keluarga berkenaan salah faham dalam kalangan masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ? ? ? ? ? (@niknazira)

Dalam pada itu, YonnyBoii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata dia selalu memberi nasihat kepada isteri untuk berhati-hati apabila berkongsi sesuatu perkara di media sosial kerana banyak mata memerhati untuk ‘serang’.

Sekadar info, nama Nik Nazira menjadi bualan ramai selepas dirinya didakwa memuat naik status meminta orang luar tidak memberi komen mengenai cara pemakaiannya kerana sudah dapat izin keluarga.

Sebelum ini juga, ibu kepada seorang cahaya mata itu menafikan bahawa dia terkena kejutan budaya selepas memilih untuk tidak lagi bertudung dan memakai baju seksi.

isteri yonnyboii
1 week ago

"Suami & Mak Benarkan, Awak Tiada Hak Komen!" - Sering Dikecam Pakai Seksi, Isteri YonnyBoii Minta Netizen Jangan 'Sibuk'

The post “Ibu Mentua Juga Tanya Kenapa ‘Post’ Macam Tu” – YonnyBoii Pertahankan Isteri, Hantaran IG Story Cuma Salah Faham first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments