#Hiburan: “Macam Kedai Runcit, Suka Hati Buka Tutup” – Individu Kesal Tunggu 4 Jam Tapi Kaunter Semua Tutup, MYAirline Batal Operasi Serta Merta

Seorang individu di aplikasi X meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara tindakan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline didakwa tidak memaklumkan awal mengenai pembatalan penerbangan seperti yang dijadualkan.

Dalam hantaran itu, individu itu berkata dia menunggu dari jam 4 pagi bagi perlepasan yang dijadualkan ada 7.30 pagi namun ketika sampai di KLIA, tiada pekerja dan kaunter dibuka oleh syarikat penerbangan itu.

Advertisement
My airlineSumber : X  

 

Komen MYAirlineSumber : X  

Difahamkan, MYAirline telah membatalkan penerbangan ke semua tempat secara serta merta dan telah mengeluarkan notis rasmi mengenai isu itu.

Menurut info, MYAirline mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa bermula hari ini berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Ia sekaligus mengundang kemarahan orang ramai kerana beberapa hari yang lalu, syarikat itu ada membuat promosi tambang murah untuk penerbangan domestik dalam negara.

Tanpa pemakluman secara efektif menerusi email ataupun mesej, pembatalan operasi penerbangan itu ternyata telah menyusahkan ramai orang yang telah hadir ke ‘airport’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dera
2 days ago

"Terbongkar Dera Anak Lepas Jiran Serbu.." - Ibu Kandung & Rakan 'Tomboi' Tenang Terima Hukuman

The post “Macam Kedai Runcit, Suka Hati Buka Tutup” – Individu Kesal Tunggu 4 Jam Tapi Kaunter Semua Tutup, MYAirline Batal Operasi Serta Merta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments