Kerabat diraja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) semalam ada berkongsi mengenai detik-detik cemas susulan kejadian tembakan rambang di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa lalu.
Difahamkan, TMJ berada di negara itu bagi tujuan perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan BG pathum United.
Menerusi beberapa hantaran di media sosial miliknya, TMJ ada menceritakan detik cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila penembak rambang mula melepaskan tembakan dan orang ramai berpusu-pusu melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan.
Kami membawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang digunakan dan apa situasinya.
Ujar beliau lagi, perkara yang difikirkan saat itu hanyalah untuk membawa ahli keluarga dan pasukannya keluar dari situasi bahaya secepat yang mungkin dan kemudiannya dibawa ke Kedutaan Singapura yang tidak jauh dari tempat kejadian.
View this post on Instagram
Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana ketakutan dan menangis. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh.
Maklum TMJ lagi, pihak mereka sudah memaklumkan kedutaan Malaysia dan menghubungi Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan bagi memberi info mengenai situasi semasa.
Terdahulu, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun telah berjaya diberkas pihak polis Thailand gara-gara insiden tembakan rambang yang dicetuskan remaja berkenaan sehingga mengorbankan 3 orang nyawa setakat ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Isteri Peluk Anak-Anak, Mereka Takut Dan Menangis” – Tengku Mahkota Johor Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Di Bangkok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments