#Hiburan: “Saya Akui Masih Muda, Buat Silap. Saya Bersama Palestin & Patung Tersebut Telah Dilupuskan” – TikTokers Syamimia

Sejak beberapa hari yang lalu, nama TikTokers terkenal, Syamimia menjadi bualan hangat di serata platform media sosial susulan penjelasannya tidak berkongsi kesedaran mengenai isu Palestin serta hiasan patung ‘David’ di rumah.

Barangkali sedar dengan kecaman yang diterima, satu jam yang lalu Syamimia memuat naik hantaran di Instagram memohon maaf kepada orang ramai mengenai kesalahan yang dilakukan.

Advertisement

Saya bersama Palestine dan patung tersebut telah dilupuskan.

ig syamimia

Menurutnya, setiap isu yang terpalit untuk beberapa hari ini telah mengajar dia untuk lebih peka dengan isu semasa serta menjadikan ia sebagai pengajaran hebat dalam hidup.

Bahkan, Syamimia turut berkata dirinya masih muda dan banyak lagi hal yang perlu dipelajari olehnya untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Sekadar info, Syamimia teruk dikecam selepas ramai yang menyifatkan influencer tersebut ‘cakap kosong’ dan terlalu mencuba cari alasan untuk tidak kongsi isu Palestin-Israel.

syamimia
1 week ago

"Banyak Betul Alasan, Orang Suruh 'Share Awareness' Je Bukan Derma" - Penjelasan Syamimia Tak Kongsi Isu Palestin Teruk Dikecam

The post “Saya Akui Masih Muda, Buat Silap. Saya Bersama Palestin & Patung Tersebut Telah Dilupuskan” – TikTokers Syamimia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments