Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu klip video memaparkan Puteri Sarah Liyana sedang berkongsikan mengenai hubungan baiknya bersama bekas suami, pengarah Syamsul Yusof.
Dalam video TikTok itu, Puteri Sarah ada berkata bahawa bekas suaminya itu sering melawat anak-anak dan mengambil keluar untuk beriadah bersama.
Aktres itu kemudian sempat berseloroh mengatakan Syamsul pernah singgah makan di rumah dan makan dua kali.
Sebab tu lah bila dia datang rumah, dia makan dua kali. Ehhh tercakap pulak
Kadang-kadang dia datang nak tengok anak, pastu dia makan dua kali, ehhhh
Video berkenaan kemudiannya menjadi bahan usikan netizen di media sosial Twitter terutamanya di mana rata-rata mengagak bahawa Puteri Sarah mungkin sedang ‘mengusik’ isteri baru bekas suaminya itu.
Terdahulu, isteri Syamsul, Ira Kaza dipuji rakyat warga maya apabila dia sering berkongsi resipi dan masakan seperti makanan western dan sambal sotong di media sosial.
Malah, netizen juga meminta agar Ira membuat vlog atau video-video masakan dengan lebih kerap lagi di TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kadang-Kadang Makan Sampai Dua Kali” – Eh Tercakap Pula, Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Berselera Makan Ketika Ambil Anak-Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments