#Hiburan: Demam Filem THE EXORCIST: BELIEVER, YouTuber Lokal Kongsi Sebab Peminat Filem Seram Perlu Tonton

Sekarang banyak betul filem seram yang tengah tayang dekat wayang. Selang beberapa minggu ada je tajuk baru. Kalau tak tau nak tengok yang mana, maybe korang boleh tengok orang review dulu, kemudian baru decide.

Macam seorang YouTuber lokal ni, Ashhrapp Channel dia ada sharing tentang filem seram yang melibatkan kerasukan pertama di pawagam iaitu The Exorcist (1973). Paling best, filem ni rupanya ada direct sekuel yang baru je keluar dekat wayang bertajuk THE EXORCIST: BELIEVER.

Advertisement

Ashhrapp Channel ni perkongsian dia banyak dengan facts yang legit sampai kami pun ‘teracun’ untuk tonton filem The Exorcist: BELIEVER ni dekat wayang.

https://www.youtube.com/watch?v=teWg37JNoto&ab_channel=AshhrappChannel

1. Filem paling seram pertama direkodkan tentang kerasukan

The Exorcist (1973) ni telah jadi penanda aras dalam industri filem seram dan merupakan filem pertama yang mempertontonkan adegan kerasukan sampai buat penonton meremang bulu roma dan ada yang turut sama kerasukan.

Paling kami ingat mestilah scene budak kecil kena rasuk pusing kepala 180 darjah dan muntah hijau. Lepas je, The Exorcist (1973) mendapat sambutan dan pecah panggung, barulah filem seram yang melibatkan rasuk-merasuk mula popular.

2. Setiap agama/budaya mempunyai cara rawatan tersendiri

Seperti yang kita tau, kalau dalam Islam jika kena rasuk atau diganggu makhluk halus, kita akan panggil pengamal perubatan Islam untuk membantu, tapi macam mana pula dengan agama lain?

Sebenarnya agama lain pun ada pengamal perubatan mereka sendiri, macam dalam video Ashhrapp Channel dia ada kongsi kelainan setiap agama merawat/menangani kerasukan ni. Ia sesuatu yang menarik untuk dipelajari memandangkan negara kita kan berbilang bangsa dan budaya.

Macam dalam filem THE EXORCIST: BELIEVER ni, mereka mendapatkan perkhidmatan paderi dari gereja dan beberapa pengamal perubatan dari budaya yang lain dipaparkan dalam filem ni untuk membantu 2 orang kanak-kanak yang dirasuk. Kalau nak tau korang kena tonton sendiri. Ada certain-certain part tu naik jugalah bulu tengkuk.

3. Kemunculan Ellen Burstyn, Aktres Dari Filem Pertama THE ECORCIST (1973)

Yang mana menonton The Exorcist (1973), korang pasti mengenali Ellen Burstyn yang memegang watak Chris MacNeil, mak kepada budak perempuan yang dirasuk sepanjang filem tu.

Sedikit FYI, Ellen Burstyn ni sebenarnya dah tolak semua tawaran untuk membintangi sekuel The Exorcist sebelum ini tapi bersetuju untuk THE EXORCIST: BELIEVER ini. Macam mana kemunculan dia akan memberikan impak? Korang kena tengok di pawagam.

Saksikan The Exorcist: BELIEVER di pawagam sekarang!

Hujung minggu ni, boleh la bawa keluarga atau pasangan korang date untuk tonton THE EXORCIST: BELIEVER. Jangan lupa share review korang juga ya!

Sebelum tu, layan dulu trailer ni.

https://www.youtube.com/watch?v=zwvJfBlTxb0&ab_channel=UnitedInternationalPicturesMalaysia

The post Demam Filem THE EXORCIST: BELIEVER, YouTuber Lokal Kongsi Sebab Peminat Filem Seram Perlu Tonton first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments