Semakin meningkat usia, bila tengok cermin, paling takut sekali bila mula nampak kedut-kedut halus di wajah. Oh tidakkk.. Terus rasa down, tak yakin diri dan malas keluar rumah jumpa orang kan?
Mulalah fikir macam-macam untuk elak semua ni. Takkan perlu sampai cucuk-cucuk muka untuk nampak muda balik? Ada berita gembira, semua tu tak perlu lagi, sebabnya ada skincare yang boleh membantu korang!
48% kedut berkurang dengan Nutox Youth Restoring
Rangkaian produk Nutox Youth Restoring ada jawapannya!
Produk utama yang mesti korang cuba semestinya Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate. Serum anti-penuaan nombor 1 ni sesuai untuk semua jenis kulit dan diuji secara dermatologi.
Dengan bahan berkualiti tinggi dan teknologi Micro Targeting, produk ini terbukti secara klinikal, dengan 48% kedut berkurang dalam masa 7 hari penggunaan! Bukan tu je, ada 5x bahan aktif anti-penuaan dalam rangkaian produk mereka juga.
Nutox Youth Restoring bekal 400X kuasa hidrasi
Rahsianya adalah formulasi bahan Snow Mushroom (Tremella Mushroom) yang membekalkan 400X kuasa hidrasi dan lebih 5X kapasiti hidrasi dari bahan popular Hyaluronic Acid. Bila hidrasi tip-top, hasilnya kulit lebih anjal, gebu dan halus.
Serum ini memang bertekstur ringan dan mudah menyerap pada kulit. Barulah senang meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk mengembalikan keanjalan dan ketegangan.
Ada kulit sensitif? Jangan risau sebabnya serum diuji secara hipoalergenik, wangian, pewarna dan minyak mineral. Jadi, kalau nak mula masukkan dalam regim anti-penuaan pun tak perlu bimbang berlaku reaksi negatif.
Menambahkan keberkesanan menawan tanda penuaan adalah ekstrak immortelle yang terbukti berupaya menenangkan kulit sensitif selain mengelak kegatalan akibat kulit kering.
Gandingkan dengan krim anti-penuaan Nutox Youth Restoring
Selepas aplikasi serum, jangan lupakan krim anti-penuaan dari rangkaian Nutox Youth Restoring untuk hasil lebih berkesan.
Nutox Youth Restoring Anti Ageing Day Cream dan Nutox Youth Restoring Anti Ageing Night Repair ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan kulit terlampau kering dan sensitif.
Krim ini diperkaya dengan sarang burung yang kaya dengan protein dan kolagen untuk mengurangkan garis serta kedutan di samping mengembalikan kelembapan kulit.
Ia juga ditambah Snow Mushroom (Tremella Mushroom) untuk kuasa kelembapan 400X dan 5X lebih berkuasa berbanding hyaluronic acid. Penggunaan kerap menjadikan kulit wajah anjal, berseri, terus muda 10 tahun!
Bukan tu je, ekstrak Immortelle pula menenangkan kulit sensitif. Maklumlah, kulit sebegini biasanya lebih cenderung berkuping dan kegatalan disebabkan kekeringan.
Seperti juga serum, krim anti-penuaan ini juga diuji secara dermatologi. Selain itu, ia juga bebas paraben, wangian, pewarna dan minyak mineral.
Untuk hasil optimum, gunakan kedua-dua produk ini bersama kesemua produk dalam rangkaian Nutox Youth Restoring yang lain.
Dapatkan rangkaian Nutox Youth Restoring di Watsons dan Guardian seluruh Malaysia. Produk ini juga boleh dibeli secara online menerusi Shopee dan Lazada. Untuk info lebih lanjut, boleh lawati laman web Nutox. Jangan lupa follow mereka di Facebook dan Instagram juga!
The post [TERBUKTI] Bagaimana Serum Best-Seller Ini Kurangkan 48% Kedut Dalam 7 Hari? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments