Seorang wanita membuat laporan polis selepas tidak dibenarkan mengundi untuk Pilihan Raya Negeri yang berlangsung hari ini.
Menurut Rozana Mokhtar, 35, ketika berada di saluran tiga di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mahsuri di Kulim, dia dimaklumkan ada individu lain telah menggunakan kad pengenalannya.
Kata suri rumah itu, dia berada di pusat mengundi pada pukul 8.45 pagi dan menyerahkan kad pengenalan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun petugas terbabit kemudian memberikan reaksi pelik.
Saya menjelaskan kepadanya bagaimana ia boleh berlaku sedangkan saya belum mengundi dan menunjukkan kepadanya jari yang masih belum dicelup dakwat.”
Pegawai itu kemudian memintanya untuk membuat laporan polis namun dia tetap tidak dapat mencabut undi.
Tambahnya, sebelum ini dia telah menukar alamat baru pada November dah sudah memeriksa maklumat secara atas talian di MySPR.
Saya sudah menetap di Padang Serai ini sejak 10 tahun lalu dan kecewa tidak dapat mengundi hari ini di tempat baharu ini.”
Difahamkan, sebelum ini Rozana mengundi di kampungnya di Gunung Semanggol, Perak sebanyak tiga kali namun tidak berdepan sebarang masalah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Klik pautan ini untuk ketahui update terkini PRN 2023.
The post “Kecewa, Geram Semua Ada” – Wanita Tidak Dibenarkan Mengundi, Identiti Dicuri & Digunakan Pengundi Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments