Datin Fauziah iaitu merupakan isteri kepada penyanyi veteran, ND Lala memaklum bahawa dirinya sudah cuba berjuang sehabis mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga, namun gagal kerana hanya dia saja berusaha.
Katanya, dia sudah tiada masa untuk ‘berebut’ suami dan sudah tiba masanya untuk melepaskan lelaki terbabit kerana enggan bermadu.
Saya digantung tak bertali dan ia berlaku sejak tahun lalu. Ketika balik selama tiga bulan, kehidupan saya jadi huru-hara.
View this post on Instagram
Menurut ibu Shila Amzah itu lagi, suaminya memang sudah membuang keluarganya demi untuk lebih fokus kepada ‘penyondol’ terbabit.
Dalam pada itu, Fauziah memberitahu ND Lala pernah pulang ke rumah sekitar Januari lalu, namun keadaan rumah menjadi huru-hara dan hampir setiap hari bergaduh.
Dia tipu saya kata nikah Disember. Mungkin daftar Disember, tetapi menurut sumber, dia dan Siti Munirah sudah lama berkahwin, iaitu sejak lapan tahun lalu.
Bahkan, penyanyi itu sendiri berkata bapa wanita terbabit yang menikahkan mereka, tetapi apabila Fauziah menyemak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan itu.
The post “Saya Digantung Tak Bertali, Dah 10 Tahun Dia Tak Hargai” – ND Lala Buang Anak Isteri Demi ‘Penyondol’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments