#Hiburan: “Normal La Tu Orang Cakap Kahwin Sebab Duit” – Intan Najuwa Dah Taknak Berlakon Pegang-Pegang Dengan Aktor Lelaki Selepas Berkahwin

Pelakon kecil molek yang baru sahaja bergelar isteri, Intan Najuwa tidak menolak bahawa dia menerima banyak komen-komen berbaur tuduhan yang menuduhnya berkahwin hanya kerana harta.

Kata Intan, takdir Allah yang menentukan siapakah pasangan hidupnya sama ada ahli perniagaan, lelaki bergelar Datuk atau sebagainya.

Advertisement

Saya baca komen-komen di media sosial tu. Ada orang cakap saya kahwin sebab duit, ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa cakap, tapi yang lalui kehidupan itu adalah saya sendiri.

Ujarnya lagi, susah senang hidupnya dilalui sendiri dan segalanya hanya boleh dirancang tetapi akhirnya, hanya takdir Allah yang menentukan.

Kita memang boleh merancang, tapi jodoh, pertemuan dan maut tetapi di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua.

Apabila kita buat baik orang tetap bercakap, kalau buat yang tak baik, lagilah orang bercakap.

Terdahulu, Intan Najuwa telah selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki bergelar Datuk dan usahawan iaitu Ahmad Asraf Azman pada 18 ogos lalu.

Malah, pelakon genit itu berkata dia enggan lagi melakonkan sesuatu di luar batasan memandangkan sudah bergelar isteri orang.

Saya sendiri akan bersuara sekiranya ada pengarah atau produksi meminta yang bukan-bukan sebelum suami sendiri bersuara.

Azman dilaporkan telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 manakala hantaran sebanyak RM222,0000.

Berikutan itu, ada sesetengah netizen menyifatkan Intan memilih untuk bernikah dengan Azman disebabkan status sosial jejaka itu yang bergelar hartawan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan Najuwa dan suami baby face
6 days ago

"Baby Face Muka 'Husband' Dia" - Intan Najuwa Hadir KLFW Bersama Suami, Ramai Puji Romantisnya.....

The post “Normal La Tu Orang Cakap Kahwin Sebab Duit” – Intan Najuwa Dah Taknak Berlakon Pegang-Pegang Dengan Aktor Lelaki Selepas Berkahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments