Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.
Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.
Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.
Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.
Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”
The post Keluar Berjalan Satu Keluarga, Watie & Shuib Dikritik Tak Pegang Tangan Anak – “Nak Romantik Tak Kena Gaya & Tempat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments