#Hiburan: “Bahagia Dekat Dunia Je..” – Rakan Pelawak ‘Kahwin’ Dengan Pengkid, Didie Alias Tak Dapat Tahan Sebak

Sebelum ini, terdapat seorang pelawak serta pelakon yang dikenali sudah pun ‘bersuamikan’ seorang pengkid.

Difahamkan, pelawak itu juga kini lebih memilih untuk berjauhan serta melarikan diri daripada rakan-rakan selebriti kerana mahu mengikuti ‘suaminya’ itu.

Advertisement

Susulan itu, pihak Melodi TV3 telah pun menemubual selebriti, Didie Alias untuk bertanya tentang perasaanya apabila melihat rakan yang dahulu rapat kini menjadi seperti itu.

Melalui video itu, Didie berkata pelawak terbabit sebelum ini sudah banyak kali membuat perkara itu dan sudah pun dinasihati tetapi tidak mahu mendengar.

Dalam pada itu, pelakon wanita tersebut turut berkata dia tidak akan mencari pelawak berkenaan dan sama sekali tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal lepas.

Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.

Bahkan, Didie turut mengalirkan air mata kerana sedih melihat rakannya jadi seperti itu serta mendoakan agar dia kembali ke jalan yang benar.

Pelawak bercinta dengan pengkid
4 weeks ago

Pelawak Wanita Bergelar Janda Kini 'Bersuamikan' Pengkid, Dulu Rajin Minta Sumbangan Rakan Artis

The post “Bahagia Dekat Dunia Je..” – Rakan Pelawak ‘Kahwin’ Dengan Pengkid, Didie Alias Tak Dapat Tahan Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments