#Hiburan: “Marah Berkawan Dengan Awek Dia” – Lelaki Ajak Geng Belasah Rakan Sekolah Sebab Cemburu Berebut Teman Wanita

Tular rakaman kejadian buli yang berlaku di Johor Bahru petang semalam di mana tujuh remaja dilihat membelasah seorang rakan mereka.

Menerusi video itu, mangsa berusia 15 tahun tersebut  telah dipukul dan ditendang beramai-ramai oleh pelaku yang berumur 14 hingga 17 tahun.

Advertisement

Kejadian itu berlaku di Taman Bestari Indah, jam 4.09 petang, 9 Ogos lalu dan mangsa dilaporkan mengalami lebam di tangan kiri dan kanan, bengkak di paha kanan dan sakit seluruh badan.

belasah

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata mangsa telah membuat laporan polis dan kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita.

Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada pembuli marah dengan mangsa kerana berkawan dengan aweknya.”

Menurutnya lagi, suspek utama dan mangsa bersekolah di sekolah yang sama namun enam lagi suspek di sekolah yang lain.

Kesemua mereka telah ditahan di lokasi yang berbeza oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

belasah

Polis turut merampas beberapa barangan lain dan ketujuh-tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses reman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

kakak sedih diejek ada adik cacat
2 months ago

Anak Balik Sekolah Menangis Teresak-Esak, Rupanya Dibuli Kawan Sekolah & Diejek - "Depa Cakap Adik Cacat"

The post “Marah Berkawan Dengan Awek Dia” – Lelaki Ajak Geng Belasah Rakan Sekolah Sebab Cemburu Berebut Teman Wanita first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments