#Hiburan: Guna Isu Kanak-Kanak Didera Ibu Dan Tomboi Sebagai Bahan Promosi, Spa Kecantikan Terkenal Dikecam

Sebuah francais spa kecantikan terkenal menerima kecaman daripada warga maya apabila mereka menggunakan isu sensitif sebagai bahan promosi untuk mengajak orang ramai menggunakan servis mereka.

Mesej promosi yang dihantar menerusi WhatsApp itu kemudiannya menjadi tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya terutamanya Twitter.

Advertisement
Spa promosi budak deraSumber : Twitter  

Dalam tangkap layar mesej itu, spa berkenaan menasihatkan pelanggan untuk datang mengurut dan menghilangkan stress sekaligus dapat mengelakkan peningkatan kes penderaan kanak-kanak.

Itu (kes dera) terjadi disebabkan orang dewasa yang stess dan mempunyai masalah dan melepaskan beban tersebut dengan cara mendera anak atau budak kecil yang tak bersalah.

Jadi untuk mengelakkan masalah dera anak itu berlaku, jom datang **si spa utara di Perlis, Kedah, Penang, Taiping dan Parit Buntar untuk rehatkan diri cik agar dapat mengurangkan masalah dan beban cik.

Individu yang menerima mesej promosi itu kemudian dilihat membalas dengan menegur pihak spa untuk tidak menggunakan isu sensitif berkenaan sebagai bahan promosi.

TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan beranggapan bahawa pihak spa sepatutnya tidak menggunakan isu penderaan kanak-kanak sebagai langkah promosi kedai mereka.

Selain itu, kami kongsikana artikel trending  yang lain pada pautan di bawah.

wanita menangis
21 hours ago

(VIDEO) Menangis Hiba Tak Dapat Naik Cruise Untuk Bercuti, Wanita Tak Tahu Kena 'Renew' Passport 6 Bulan Sebelum Tamat Tempoh

The post Guna Isu Kanak-Kanak Didera Ibu Dan Tomboi Sebagai Bahan Promosi, Spa Kecantikan Terkenal Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments