#Hiburan: Anak Perempuan Mabuk Tikam Bapa Kandung Hingga Meninggal Dunia, Bengang Ditegur Minum Arak

Kejadian berlaku di Bangka, Indonesia, seorang anak tergamak menikam dada bapa kandungnya berusia 60 tahun hanya kerana tidak boleh terima ditegur minum minuman keras.

Ketika kejadian, Harina, 32, yang sedang meneguk arak di depan rumah dan kemudian mangsa menegurnya menyebabkan berlaku pergaduhan mulut.

Advertisement

Mangsa, Sarkawi kemudian mengayunkan sebilah parang yang diambil dari dalam rumah namun anaknya yang sedang mabuk itu sempat mengelak dan terkena di bahagian telinga kanannya.

tikam

Kedua-duanya kemudian bergelut dan apabila bapanya terjatuh, Harina bertindak menggigit telinga kanan dan punggungnya untuk menyelamatkan diri.

Pergaduhan di antara mereka berdua berlanjutan sehingga ke dalam rumah dan si bapa juga dikatakan menghalau anaknya itu keluar dari rumah.

Pelaku tidak tahan akhirnya masuk ke bilik dan mengambil sebilah pisau. Saat mangsa membuka pintu, dia terus menikamnya di bahagian dada.”

Harina kemudian terus melarikan diri bersama-sama dengan senjata digunakannya itu meskipun bapanya menjerit meminta tolong.

Jeritan itu didengari anak ketiga mangsa yang sedang lena tidur di bilik dan selepas ternampak bapanya berlumuran darah dia keluar rumah meminta pertolongan jiran tetangga.

tikam

Malangnya, Sarkawi tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Selepas jiran membuat laporan, polis bertindak dan berjaya menangkap suspek yang berada di kawasan berdekatan.

Menurut Ketua Polis Bangka Selatan, AKP Tiyan Talingga, Harina bakal dituduh di mahkamah dan berdepan hukuman 15 tahun penjara jika disabit bersalah.

2 days ago

Pemuda Bun*h Ibu Bapa, Sakit Hati Dari Kecil Sampai Besar Asyik Diherdik - "Sejak Lahir Kau Tak Pernah Banggakan Kami"

The post Anak Perempuan Mabuk Tikam Bapa Kandung Hingga Meninggal Dunia, Bengang Ditegur Minum Arak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments