#Hiburan: “Tok Kadi Mana Yang Boleh Nikahkan Aku Tu?” – Enot

Pelakon dan pelawak, Enot tampil meluahkan rasa kesal dan berang mengenai dirinya yang dihentam oleh netizen gara-gara pendedahan rakan seni, Didie Alias mengenai kehidupannya kini yang mendakwa dia ‘berkahwin’ dengan seorang pengkid.

Kata Enot atau nama sebenarnya Aliza Bt Abdullah, dia selama ini berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana -mana pihak.

Advertisement

Dalam satu hantaran yang lain, Enot mempersoalkan dakwaan orang ramai yang menuduhnya sudah bernikah dengan pengkid tersebut

Tok kadi mana pula yang boleh nikahkan aku tu? aku masih tahu hukum agama. Jangan nak hukum aku macam aku orang kafir pula tak tahu apa-apa!

Malah, Enot juga tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.

EnotSumber : Tiktok  

Dosa aku dengan Allah aku boleh minta ampun tapi dosa korang dengan aku? Sendiri mau ingat.

Terdahulu, Didie Alias mendakwa Enot telah memilih ‘jalan’ hidup yang salah apabila mula berhubungan kasih dengan seorang pengkid dan mendakwa dia telah menasihatkan pelakon itu berkali-kali namun gagal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

enot
1 day ago

"Cakap Tak Serupa Bikin, Cara Halus Tanam Kawan Hidup-Hidup" - 'Posting' Kesal Raih Perhatian, Enot Tuju Pada Siapa?

The post “Tok Kadi Mana Yang Boleh Nikahkan Aku Tu?” – Enot first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments