#Hiburan: Pemandu Teksi Ada Hubungi Isteri Sebelum Dibun*h, Titip Pesan Dekat Anak – “Nak Pergi Dah Ni…”

Pemandu teksi yang ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk belakang kenderaan itu sempat menghubungi isterinya sebelum kejadian.

Menurut isterinya, dia tidak menyangka panggilan daripada suaminya pada malam itu adalah kali terakhir dapat mendengar suara arwah.

Advertisement

Kata Noor Azlina Ramli, 41, suaminya ada menghubungi pada jam 8 malam dan memberitahu dia dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, Kelantan.

Azlina berkata pada hari itu suaminya, Mohd. Latif Idris keluar rumah pada jam 9 pagi untuk mencari penumpang dan hanya dapat tahu tentang kejadian tersebut selepas ia tular di media sosial.

Suami balik sebentar jam 1 tengah hari untuk ambil anak bongsu dari sekolah. Arwah keluar semula pada jam 2.30 petang untuk hantar barang ke Kota Bharu.”

Tambahnya, ketika dihubungi dia tidak sempat bertanyakan lokasi suaminya kerana sudah menjadi rutin arwah pulang lewat malam jika menghantar penumpang atau barang ke luar Terengganu.

 

“Nak pergi dah ni”

Anak sulung pasangan itu, Muhammad Nasha Fikri, 20, berkata bapanya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Cuma dia sempat beritahu ‘nak pergi dah ni’ selepas menghantar adik pulang ke rumah. Arwah tak pernah pesan begitu sebelum ini tapi kami tak syak apa-apa.”

Terdahulu, mayat Latif dijumpai selepas orang awam menahan teksinya yang dipandu suspek berusia 29 tahun secara melawan arus dan melanggar kenderaan lain.

mayat dalam teksi
1 day ago

"Saya Baru Lepas Bun*h Orang" - Suspek Tak Larikan Diri, Mayat Lelaki Berlumuran Darah Dijumpai Dalam Teksi

The post Pemandu Teksi Ada Hubungi Isteri Sebelum Dibun*h, Titip Pesan Dekat Anak – “Nak Pergi Dah Ni…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments