Penyanyi Syada Amzah memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika ibunya, Fauziah ingin mencari suami baru setelah berpisah dengan bekas suami, penyanyi ND Lala awal Ogos lalu.
Ujar Syada, dia terbuka jika ibunya itu ingin mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan akan berasa bahagia jika ibunya gembira.
Saya okay kalau mama jumpa jodoh baru. Kalau dah namanya jodoh kan?
Manakala bagi Fauziah, dia tidak menolak jika bertemu jodoh baru namun berharap tidak dipertemukan dengan seorang lelaki yang bodoh sebagai calon suami.
Cuma berharap tak jumpa jodoh yang bodoh.
Terdahulu, rumah tangga yang dibina antara ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu selama 34 tahun bersama ND Lala musnah apabila mereka berdua bercerai pada 2 Ogos lalu.
Perkara itu dimaklumkan Fauziah menerusi satu hantaran Instagram di mana dia memaklumkan bekas suaminya itu telah melafazkan cerai menerusi WhatsApp di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan.
Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 1989 dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Nurshahila Amzah,33, Amir Syafiq,30 dan Amir Syahir,28 dan Nur Syuhada,25.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Syada Amzah Tak Kisah Ibu Nak Cari Jodoh Baru – “Cuma Harap Tak Jumpa Yang Bodoh” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments