Setelah khabar angin mengenai persabahatan dua selebriti ini sudah berakhir menular di serata platform, akhirnya tuan empunya badan iaitu Sherry Al-Hadad membuka mulut bagi perjelaskan perkara sebenar.
Kata Sherry, kali terakhir dia berhubung adalah sebelum aktres tersebut mendirikan rumah tangga bersama, Ungku Ismail.
Biarpun begitu, pengacara tersebut masih menganggap Nad sebagai adiknya walaupun mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri.
View this post on Instagram
Saya kenal dia sejak umur dia 17 tahun. Dia tak ada hubungi saya dan saya pun tak sempat nak jumpa dia.
Dalam pada masa yang sama, Sherry memaklumkan bahawa dia masih berhubung dengan ibu bapa Nad untuk bertanyakan perkhabaran aktres terbabit yang bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi.
Hal tersebut dikongsikan oleh Sherry sewaktu sesi sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit diadakan pada Khamis, semalam.
The post Dikatakan Persahabatan Dah Berakhir, Sherry Al-Hadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments