Seorang isteri baru-baru ini mendapat tahu penipuan suaminya selama bertahun-tahun selepas berlaku satu kejadian pergaduhan.
Sebelum berkahwin suaminya, Stanley, 39, mengaku bertugas sebagai tentera dengan pangkat yang tinggi dan ia membuatkan wanita itu lebih yakin untuk mendirikan rumah tangga bersama.
Nak dijadikan cerita, Stanley telah bertengkar dengan seorang penunggang motosikal pada 3 Ogos yang lalu dan disebabkan itu rahsianya terbongkar.
Difahamkan, dia tidak berpuas hati dengan bunyi bising ekzos penunggang bernama Alfian itu dan tidak semena-mena Stanley menjerit sekuat hati mengatakan lelaki berkenaan adalah pencuri.
Cuba gertak
Selepas kejadian itu, Alfian membawa rakannya Zulfikar dan menyerang Stanley di rumahnya di mana telah berlaku perang mulut di antara mereka.
Aku adalah tentera berpangkat Sarjan!”
Itu yang ditengking oleh Stanley kepada mereka namun Zulfikar tidak gentar dan terus memukulnya sebelum menyerahkan diri ke balai polis.
Apabila polis memanggil Stanley untuk membuat siasatan lanjut, ketika itulah kantoi dia hanya menipu kerana tidak mempunyai kad anggota.
Malah, polis juga turut memanggil seorang pegawai tertinggi tentera kerana ‘anak buahnya’ terlibat dalam pergaduhan salah faham.
Ternyata, Stanley hanya bekerja sebagai pemandu lori dan penghantar barang namun rahsianya itu tersimpan rapi daripada isterinya selama empat tahun.
Akui Stanley, dia memakai uniform lengkap tentera sebagai penyamaran kerana mahu mengorat teman wanitanya yang kini adalah isteri.
Katanya, dia membeli uniform itu secara online dan pernah memohon menjadi tentera sebanyak 4 kali namun gagal. Disebabkan itu, dia meneruskan penyamaran dan memakai uniform setiap kali keluar dari rumah agar isteri dan orang kampung tidak curiga.
The post Suami Tipu Isteri Konon Kerja Askar Pangkat Sarjan, 4 Tahun Menyamar Akhirnya Kantoi – “Beli Uniform Online, Hari Hari Pakai” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments