Penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam menzahirkan rasa gembira apabila anak lelakinya, Syamsul Yusof meluangkan masa untuk bersama anak-anaknya menyertai acara hari sukan di sekolah di sebalik kesibukannya bekerja.
Ujar Yusof Haslam, dia dan isteri gembira melihat anak sulungnya itu berbaik-baik dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana demi kebahagiaan anak-anak.
Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai. Berbaiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku.
Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan di bahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira melihat perkembangan terbaru Syamsul dan Puteri Sarah.
Pengarah itu berkata demikian menerusi hantaran WhatsApp kepada Harian Metro berhubung hantaran Syamsul Yusof di Instagram yang menunjukkan dia ada hadir ke acara sukan yang disertai anak, Syaikhul dan Sumayyah.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia dan Datin Patimah sentiasa mendoakan Syamsul agar terus berjaya dalam karier seni dan sentiasa tabah menghadapi segala ujian kehidupan yang mendatang.
Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian. Segala yang baik datangnya dari Allah dan kelemahan itu pula daripada kami sendiri.
Tular hari ini mengenai video Syamsul dan anak-anak di hari sukan sekolah di mana terpancar kegembiraan di wajah mereka anak beranak sehingga mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Berbaiklah Demi Anak-Anak” – Datuk Yusof Haslam & Datin Patimah Gembira Lihat Sikap Syamsul first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments