Dikenali sebagai pasangan suami isteri yang ‘sweet’ dan memberi inspirasi kepada ramai dengan kebaikan yang mereka lakukan, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad raih perhatian baru-baru ini.
Berkongsi video yang dirakam ketika memberikan kejutan buat suami, Aina telah membuatkan Hafiz terdiam selepas melihat hadiah yang diberikan.
Hadiah tersebut merupakan sebuah papan tanda iklan yang memaparkan wajah Hafiz berserta ucapan hari lahirnya yang ke 30 tahun.
Mungkin ada lelaki lain yang nak dilayan macam Hafiz Mahamad ni.
Muka terpampang di billboard masa birthday. Mungkin rasa dihargai gitu.
Tapi kalau aku, aku taknak.
Bukan sebab apa. Sebab aku ni jenis sentiasa fikirkan orang lain.
Aku risau orang accident je tengok muka aku… pic.twitter.com/GYai0zqVIt
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 29, 2023
Bagaimanapun, perkara itu menjadi bualan warganet di Twitter di mana ramai yang akui mula bosan dengan pasangan tersebut.
Menurut mereka, pasangan terbabit sebenarnya menunjukkan kekayaan dalam diam malah ada yang berkata hadiah Aina kepada Hafiz tahun ini ‘cringe’.
Segelintir individu bagaimanapun tidak menidakkan bahawa kita perlu hargai dan bahagiakan pasangan tetapi tidak perlulah beria-ia.
Seorang individu berkata mungkin lebih bagus jika duit yang dibelanjakan untuk billboard itu boleh disedekahkan kepada yang memerlukan.
Bukan hanya billboard itu, Aina juga turut menghadiahkan Hafiz sebuah buku yang diterbitkan khas selepas dia menemu bual semua insan penting dalam kehidupan suaminya.
Meskipun begitu, hantaran Instagram pasangan tersebut dihujani dengan ucapan hari lahir serta doa agar Aina dan Hafiz kekal hingga ke hujung nyawa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Selalunya Dapat Pujian Melambung, Tapi Hadiah ‘Birthday’ Hafiz Mahamad Tahun Ini Buat Ramai ‘Cringe’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments