Gara-gara ulasan servis tidak memuaskan oleh pelakon Norreen Iman dan juga pensohor media sosial Bella Khan, sebuah resort terkemuka di sebuah pulau di Johor memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang.
Menurut pihak pengurusan resort tersebut, pelakon tersebut tidak membuat sebarang aduan ketika menginap di pusat penginapan yang disewa sebaliknya memilih untuk mendedahkannya di media sosial.
Ujar mereka lagi, terdapat komunikasi secara langsung antara pihak pengurusan dan pelanggan ketika mereka menginap di sana atas sebab-sebab yang diketahui mereka tetapi tidak boleh didedahkan.
Pihak pengurusan resort tersebut dilaporkan sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah termasuk kedua-dua influencer tersebut.
Pasal 17k tu tak kisah sangat lah kan. Bukan nya kita nak dilayan mcm vvip pun. The problem is cara their staff treat kitaorg, mcm kitaorg ni duduk free pulak..and hygiene bilik tu. Bau hapak dgn cadar2 sekali. Bed bugs merata and 4 org termasuk my bibik yg duduk je dalam… https://t.co/NE12fMCj2N pic.twitter.com/paQ5vLcTBm
— Bella khann ?? (@bellakhann) August 13, 2023
Terdahulu, Norreen dan Bella Khan dilaporkan telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menginap di resort tersebut namun menerima layanan tidak memuaskan dari segi servis staff resort dan juga perkhidmatan yang disediakan sepanjang penginapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Reputasi Dan Nama Baik Kami Musnah” – Resort Terkenal Di Johor Ambil Tindakan Undang-Undang, Bakal Saman Norreen Iman? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments