Semua sedia maklum mengenai kisah hidup pelawak Rahim Sepahtu yang mempunyai dua isteri dan mengamalkan poligami.
Isteri pertama Rahim iaitu Norazlin ataupun lebih dikenali sebagai Kolin tampil berkongsi pengalaman mempunyai madu dalam kehidupan rumah tangganya.
Menerusi satu hantaran TikTok Sinar FM, Kolin berkata dia mengurung diri selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya itu memaklumkan mengenai hasrat untuk bernikah lagi satu.
Macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebab, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.
Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian, bila diri saya dah rasa okey, saya keluar bilik terus move on dan lupakan perasaan sedih itu.
Menganggap anak-anak dan pesanan ibunya sebagai sumber kekuatan pada saat sukar itu, Kolin menyayangi Rahim dan tidak akan melepaskan pelawak itu.
Ibu pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).
Sekadar info, Rahim berkahwin dengan isteri kedua, Lily Khay pada tahun 2015 dengan persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.
Rahim mempunyai empat orang anak bersama Norazlin iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Dua Minggu Saya Tak Keluar Bilik” – Isteri Pertama Rahim Sepahtu Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments