Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia tidak tahu keberadaan adiknya, Fyna Jebat dan sudah lost contact sejak beberapa bulan yang lalu.
Jelasnya, sebelum menghilangkan diri Fyna ada menghubunginya namun tidak dapat berbual kerana sedang bekerja.
Tambah Ayda, dia juga enggan masuk campur urusan peribadi adiknya itu dan Fyna memang bersikap sebegitu serta tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya.
Tak ada (mengadu). Saya pun tak tahu dia sedih ke apa ke. Kalau call pun tak pick up, Whatsapp pun tak reply. Dia memang selalu macam tu pun.”
Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, dia menganggap adiknya sedang dalam fasa menenangkan diri serta mungkin tertekan kerana tidak biasa berdepan dengan media serta netizen.
Saya rasa dia sedang cuba atau pun cuba lari atau cuba faham ke, saya pun tak pasti. Tapi saya tahu dia di tahap (tertekan) kritikal ke tidak. Kalau kritikal dia akan cari saya.”
Dalam pada itu, ramai warganet memuji Ayda kerana tidak mengelak daripada menjawab soalan tentang adiknya dengan cara yang positif dan matang.
The post “Mungkin Dia Dalam Tempoh Bertenang” – Hilang Lepas Bercerai, Ayda Jebat Dedah ‘Lost Contact’ Dengan Fyna first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments