Terdahulu, mahkamah memerintahkan agar Mohamad Safiq Rosli, lelaki yang didakwa mengintip jurufoto wanita, Acacia Diana selama 8 tahun untuk dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi mendapatkan rawatan.
Dia juga merupakan individu pertama yang didakwa mengikut undang-undang anti-menghendap Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, ramai warganet tercari-cari siapakah gerangan ahli keluarga Safiq serta tertanya-tanya tentang status mereka memandangkan lelaki tersebut bebas berbuat sedemikian bertahun lamanya.
Semalam seorang pengguna Twitter telah memuat naik sedikit maklumat membabitkan Safiq dan keluarga termasuklah foto keluarga itu.
Difahamkan, gambar-gambar itu diambil dari Facebook dan telah dimuat naik pada tahun 2016 ketika majlis pertunangan kakaknya.
Bukan itu sahaja, individu terbabit turut memuat naik swafoto Safiq bersama seorang lelaki dipercayai pensyarahnya ketika belajar di UiTM dahulu.
Mungkin ada mana-mana pensyarah & alumni Industrial Design UiTM mengenali (Safiq).”
Kes ini mendapat perhatian ramai di media sosial dan rata-ratanya mengikuti serta menunggu berita perkembangan terkini selepas Safiq akhirnya ditangkap dan dituduh di mahkamah.
Sebelum ini, Safiq mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
The post Tak Pernah Muncul & Bersuara, Warganet Tularkan Foto Keluarga Lelaki ‘Psiko’ Intip Jurufoto Wanita? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments